Pemproses Audio SONNET 2

Jangan sesuaikan hidup anda di sekitar pemproses audio—pilih pemproses yang sesuai dengan kehidupan anda! Apa jua gaya hidup anda, SONNET 2 dihasilkan untuk anda. Pakainya seperti mana yang anda mahu. Sambungkannya ke telefon yang sudah anda miliki. Serta alami kualiti bunyi hebat, apa sahaja yang anda lakukan.

SONNET 2 - Teknologi Bunyi Pintar


Pendengaran Mudah

SONNET 2 direka untuk memberikan anda pendengaran yang sebaik mungkin di mana sahaja anda berada. Sama ada di restoran yang bising, di konsert muzik, atau sekadar berjalan-jalan pada hari yang berangin, SONNET 2 membolehkan anda mendengar yang terbaik di sebarang persekitaran.

Kepintaran Tersuai

SONNET 2 mengecam jenis persekitaran tempat anda berada, dan mengubah tetapan secara automatik untuk dipadankan. Yang bagusnya, anda tidak akan sedar pun ia sedang berlaku.

Pengurangan Hingar

Daripada hingar latar belakang di kafe, hinggalah anjing yang tiba-tiba menyalak, SONNET 2 meminimumkan hingar yang tidak perlu, supaya anda boleh bersembang dengan yakin di mana-mana persekitaran.

FineHearing

Dengar butirannya dengan teknologi pengekodan bunyi FineHearing. FineHearing membolehkan anda mendengar dunia seperti mana ia sepatutnya didengari—daripada lagu kegemaran anda hinggalah suara orang tersayang.

SONNET 2


Penstriman Ringkas

Gunakan telefon yang anda suka, dan sambungkannya ke pemproses audio yang anda sayangi. SONNET 2 menjadikannya mudah untuk mendengar muzik kegemaran anda dan menikmati panggilan telefon dengan orang tersayang dalam stereo sebenar yang berkualiti tinggi. Luncurkan sahaja penutup AudioStream ke atas pemproses audio anda untuk menikmati penstriman wayarles terus daripada telefon pintar atau tablet anda.

SONNET 2

Dibuat untuk Dwimod

Menggunakan bantuan pendengaran di salah satu telinga anda? Tiada masalah! SONNET 2 serasi dengan setiap jenama dan jenis bantuan pendengaran kerana sistem implan kami meniru pendengaran semula jadi. Dan jika bantuan pendengaran anda menyokong penstriman audio, malah anda boleh menstrim bunyi ke kedua-dua telinga anda pada masa yang sama. Anda hanya perlukan AudioStream dan telefon pintar* yang serasi.

SONNET 2. Dibuat Untuk Anda.

Ingin tahu bagaimana SONNET 2 sesuai dengan kehidupan anda?
Ambil kuiz 5 minit kami dan ketahuinya!

 

Ketahui Lebih Lanjut

SONNET 2 dan AudioKey

AudioKey 2

Anda Mengawalnya

Kini anda tidak perlu lagi membawa kawalan jauh ke mana-mana. Dengan aplikasi AudioKey 2 baharu, anda boleh mengubah tetapan pada SONNET 2 anda terus daripada telefon anda. Kelantangan, kepekaan mik, pemilihan program—semua dengan menekan satu butang.

Selain itu, AudioKey 2 juga membolehkan anda melihat statistik pendengaran individu anda, seperti berapa lama anda memakai SONNET 2 anda setiap hari. Dan jika anda kehilangan pemproses anda secara tidak sengaja, fungsi "Cari Pemproses Saya" menunjukkan tempat terakhir anda menggunakan apl dengan pemproses audio anda, supaya anda boleh menjejaki langkah anda.

Muat turun Muat turun


Apple dan logo Apple ialah tanda dagangan Apple Inc., berdaftar di AS dan negara serta rantau lain. App Store ialah tanda perkhidmatan Apple Inc. | Android ialah tanda dagangan Google LLC. Google Play dan logo Google Play ialah tanda dagangan Google LLC.

SONNET 2 - Gaya
SONNET 2 - Gaya


Padankan Gaya Anda

Gayakan SONNET 2 anda untuk dipadankan dengan penampilan individu anda. Dengan beribu-ribu kombinasi warna untuk dipilih, anda boleh memberikan SONNET 2 anda perubahan yang unik!

Lawati Pengkonfigurasi Warna Siri SONNET, dan mula mereka SONNET 2 peribadi anda.


Anugerah-Rekaan-2020
Anugerah Rekaan 2019

Dianugerahkan kepada Sistem SYNCHRONY, terdiri daripada Pemproses Audio SONNET 2 dan aksesori, Implan Koklea SYNCHRONY 2, dan perisian penyesuaian MAESTRO 8.0.

SONNET 2 - kalis air
WaterWear SONNET 2


Percikan Merata-rata

Dengan SONNET 2, anda boleh bermain hujan! Rekaan kalis air SONNET 2 melindunginya daripada percikan dan lembapan harian. Berlari di dalam hujan kini menjadi lebih mudah.

Untuk berenang atau sukan air lain, penutup WaterWear yang kalis air ideal sekali! Letakkan sahaja penutup ke atas pemproses anda dan nikmati pendengaran berjam-jam yang menyeronokkan di kolam renang atau di pantai.

SONNET 2 - Untuk Kanak-kanak
SONNET 2 - untuk kanak-kanak


Untuk Kanak-kanak

Memilih pemproses audio yang tepat untuk anak anda mungkin sukar. Rekaan SONNET 2 yang kompak dan tahan lasak menjadikannya pilihan yang ideal untuk kanak-kanak—daripada bayi kecil sehinggalah kanak-kanak besar.

SONNET 2 - Kuasa Tahan Lama
SONNET 2 - Kuasa Tahan Lama


Kuasa Tahan Lama

Bateri berkuasa SONNET 2 bermakna anda boleh menggunakannya selama berhari-hari. Pilih bateri pakai buang zink-udara biasa bagi masa pemakaian yang paling lama. Sebagai alternatif, bateri cas semula merupakan cara yang mudah untuk memastikan SONNET 2 berkuasa sepanjang hari.

easyMRI 
SYNCHRONY 2

Implan Koklea SYNCHRONY 2

Kualiti bunyi hebat hanya mungkin dengan implan yang hebat. Dengan SYNCHRONY 2 anda boleh mendapat manfaat daripada kebolehpercayaan implan yang cemerlang dan Jaminan MRI kami.

Tetapi kelebihan terbesar SYNCHRONY 2 adalah ia meniru pendengaran semula jadi. Hasilnya? Paling hampir dengan pendengaran semula jadi bagi mana-mana sistem implan koklea.


Terokai Lebih Lanjut 

Data Teknikal

 

Lebar: 37.4 mm
Tinggi: 56.7mm dengan Penutup Patrum Bateri Standard
Tinggi: 51.4mm dengan Penutup Patrum Bateri Mikro
Saiz Pemproses Audio SONNET
Ketebalan: 5.9 mm
SONNET 2
Ketebalan: 9.3mm

Pemproses Audio SONNET 2
(Me1510)


Dimensi dan Berat

  • 6.1 g (dengan ActiveWear)
  • 10.6 g (Me1510 dengan dua bateri zink-udara 675)
  • Gegelung DL: 4.6 g, 32.8 mm x 5.8 mm
  • Gegelung DL: 5 magnet tersedia dalam 9 kekuatan
  • Kabel gegelung tahan lasak tersedia dalam 3 kepanjangan:
    • 6.5 sm (2.6 in)
    • 9 sm (3.5 in)
    • 28 sm (11.0 in)

Bahan

  • Pemproses & Gegelung: Campuran polikarbonat dan
    polimer akrilonitril-butadiena-stirol
  • Cangkuk telinga: Poliamida (PA)
  • Kabel: PVC dan TPE Evoprena
  • Bioserasi mengikut ISO 10993-1
  • Bebas lateks**

Keserasian

  • Serasi dengan semua implan koklea berbilang saluran MED-EL
  • MAX Programming Interface
  • Perisian Sistem MAESTRO 8.0 atau lebih baharu
  • Serasi dengan semua jenama dan jenis bantuan pendengaran
  • Penyegerakan dwimod serupa dengan mana-mana bantuan pendengaran: Isyarat mungkin lengah sehingga 10 ms dengan Perisian MAESTRO terkini

Ciri-ciri Produk

  • Julat Frekuensi 70–9300 Hz
  • Kalis air menurut standard IP54
  • Dwimikrofon
  • Pengelogan Data Lanjutan
  • Pengurusan Bunyi Automatik 3.0
  • Rekaan Kalis Ubah
    • Cangkuk telinga kukuh
    • Patrum bateri berkunci
    • Pencegahan bahaya tercekik
    • Pilihan pemasangan tambahan
    • Kabel gegelung berkunci (dikunci kepada gegelung dan unit kawalan)
  • Fungsi semakan pautan dengan penunjuk LED
  • Empat kedudukan program
  • Kawalan kelantangan dan kepekaan berterusan dengan FineTuner Echo atau AudioKey 2

Ciri-ciri Pemprosesan Bunyi


Pemprosesan Bahagian Hadapan

  • Arah Tuju Mikrofon (Omni, Semulajadi, Tersuai)
  • Kawalan Kelantangan Automatik dengan AGC Dwigegelung
  • Pengurangan Hingar Angin
  • Pengurangan Hingar Ambien
  • Pengurangan Hingar Transien
  • Julat Dinamik Input (IDR) 78 dB (28–106 dB SPL)

Strategi Pengekodan Bunyi

  • FS4 (Pemprosesan Struktur halus boleh sehingga 1 kHz pada 4 saluran apikal)
  • FS4-p (Pemprosesan Struktur halus boleh sehingga 1 kHz pada 4 saluran apikal dengan Rangsangan selari Pintar bagi ketepatan temporal yang lebih tinggi)
  • FSP (Pemprosesan Struktur Halus biasanya sehingga 350 Hz pada 2 saluran apikal)
  • HD-CIS (CIS Definisi Tinggi)
  • Denyut rangsangan Bifasik atau Trifasik
  • Menyokong 250 jalur spektrum

Kesambungan


Teknologi

  • 2.4 GHz komunikasi wayarles
  • Penstriman audio wayarles langsung melalui Bluetooth Low Energy dengan AudioStream
  • Kualiti bunyi stereo sebenar
  • Sokongan bagi penggunaan bilateral
  • Telegegelung bersepadu
  • Penstriman dwimod boleh dilakukan dengan beberapa jenama bantuan pendengaran

Aksesori


AudioLink

  • Dimensi: 68 x 38 x 17.5 mm
  • Berat: 35 g
  • Mikrofon jauh
  • Panggilan telefon bebas tangan
  • Penstriman TV
  • Penstriman muzik
  • Input audio terus (DAI)

Apl AudioKey 2

  • Kefungsian kawalan jauh
  • Peranan Penjaga
  • Pengelogan Data Lanjutan
  • Cari Pemproses Saya
  • Hantar Maklum Balas

FineTuner Echo

  • Dimensi: 104 x 38 x 11 mm
  • Berat: 32 g (termasuk bateri)
  • Kawalan jauh kompak dengan komunikasi dwiarah
  • Paparan eKertas
  • Uji mikrofon pemproses audio
  • Status bateri SONNET 2

Penutup WaterWear

  • Kalis air sehingga kedalaman 4 m
  • Boleh digunakan dalam air masin, air tawar dan air berklorin

Pilihan Bateri


Bateri Zink-Udara

  • Penggunaan boleh sehingga 60 jam dengan satu set 2 bateri pakai buang zink-udara 675

Bateri Cas Semula Maks

  • Dimensi: 32 x 14 x 7 mm
  • Berat pemproses dengan bateri: 10.4 g
  • Masa penggunaan: Sehingga 17 jam
  • Tempoh pengecasan: ~6 jam
  • Pengecasan/penyahcasan: >1800 kitaran (80% kapasiti)***

Bateri Cas Semula Standard

  • Dimensi: 22 x 14 x 7 mm
  • Berat pemproses dengan bateri: 9.1 g
  • Masa penggunaan: Sehingga 10 jam
  • Tempoh pengecasan: ~4 jam
  • Pengecasan/penyahcasan: >5000 kitaran (80% kapasiti)***

Bateri Cas Semula Mikro

  • Dimensi: 16 x 14 x 7 mm
  • Berat pemproses dengan bateri: 8.1 g
  • Masa penggunaan: Sehingga 7 jam
  • Tempoh pengecasan: ~3 jam
  • Pengecasan/penyahcasan: >5000 kitaran (80% kapasiti)***

Unit Pengecasan

  • 4 slot pengecasan serentak
  • Lampu penunjuk kuasa dan pengecasan
  • Berkuasa USB: 5 V DC, 500 mA
  • Penyesuai kuasa USB: 100–240V AC (~50/60 Hz)


Sila lihat maklumat terperinci dan syarat-syarat khusus penggunaan bagi setiap produk dalam arahan penggunaan masing-masing.
Semua fungsi dan ciri mungkin tidak tersedia di semua pasaran. Mendayakan siri pada perkakasan mungkin tertakluk kepada pertimbangan teknikal.

Penutup Penstriman Wayarles Terus bagi Pemproses Audio Siri SONNET

AudioStream boleh digunakan sebagai Peranti Pendengaran Dibuat untuk iPhone (MFi) dan menyokong teknologi Penstriman Audio untuk Bantuan Pendengaran (ASHA). MED-EL mengesyorkan anda sentiasa mengemas kini peranti dengan versi terkini sistem operasi iOS atau Android. AudioStream serasi dengan iOS versi 11 atau lebih baharu dan Android versi 10 atau lebih baharu.

* Penstriman dwimod hanya dibolehkan dengan Android 12 atau lebih baharu dan bantuan pendengaran yang serasi dengan teknologi Penstriman Audio untuk Bantuan Pendengaran (ASHA). Untuk senarai terperinci peranti yang serasi, lihat di bawah.
** Yang mana "bebas" bermakna "tidak dibuat dengan lateks" mengikut panduan FDA semasa: "Pengesyoran untuk Melabel Produk Perubatan untuk Memaklumkan Pengguna yang Produk atau Bekas Produk tidak Dibuat dengan Lateks Getah Asli", 2014.
*** Kitar Pengecasan bergantung pada penggunaan individu.

Peranti Sesuai bagi Penstriman Dwimod

Bagi penstriman dwimod, anda hanya perlukan telefon pintar Android dengan sistem operasi Android 12 atau lebih baharu, bantuan pendengaran dengan teknologi ASHA (Penstriman Audio untuk Bantuan Pendengaran), dan AudioStream. Senarai di bawah menyertakan peranti yang diuji secara khusus dan disahkan oleh MED-EL sesuai untuk penstriman dwimod. Peranti Android dan bantuan pendengaran lain dengan teknologi yang diperlukan mungkin juga sesuai untuk penstriman dwimod apabila menggunakan AudioStream.

Android

Google Pixel 7, Google Pixel 6, Google Pixel 5a, Google Pixel 5, Google Pixel 4a, Google Pixel 3a

Samsung Galaxy S22, Samsung Galaxy S21+,  Samsung Galaxy S21, Samsung Galaxy S20 Ultra, Samsung Galaxy Z Fold2, Samsung Galaxy S10e, Samsung Galaxy Tab S7+

Xiaomi Mi 11T Pro

OnePlus 9 Pro

Oppo Find X5, Oppo Find X3 Pro

Bantuan Pendengaran

Oticon More, Widex Moment, Signia Pure Charge&Go T, Starkey Livio AI, ReSound Key, ReSound One, ReSound LiNX Quattro, ReSound ENZO Q, Beltone Imagine, Beltone Amaze, Beltone Rely, Beltone Boost Ultra


Senarai di atas termasuk peranti yang diuji secara khusus dan disahkan oleh MED-EL serasi dengan AudioStream. Tambahan lagi, peranti Android lain dengan Android 10 atau lebih baharu dan kedua-dua teknologi Bluetooth® Low Energy (BLE) dan Penstriman Audio untuk Bantuan Pendengaran (ASHA) yang didayakan oleh pengilang telefon dan pembawa perkhidmatan juga mungkin serasi dengan AudioStream. Peranti Apple lain dengan iOS 11 atau lebih baharu dan kedua-dua teknologi Bluetooth® Low Energy (BLE) dan Dibuat untuk iPhone (MFi) yang didayakan oleh pengilang telefon dan pembawa perkhidmatan juga mungkin serasi dengan AudioStream.

Walaupun MED-EL berazam untuk menyediakan kepada seramai pengguna yang mungkin dengan keserasian peranti yang lancar, MED-EL tidak boleh menjamin keserasian penuh atau sokongan penyelesaian masalah dengan semua peranti dan maklumat yang diberikan di atas seharusnya hanya digunakan sebagai rujukan.