MED-EL Malaysia

Adakah anda atau sesiapa yang anda kenali mengalami kehilangan pendengaran? Ketahui bagaimana MED-EL Malaysia boleh membantu anda mengetahui nikmat pendengaran.

MED-EL Malaysia

Hampir 40 tahun yang lalu, pengasas MED-EL Dr. Ingeborg dan Dr. Erwin Hochmair mengubah dunia apabila mereka mencipta implan koklea berbilang saluran elektrik mikro yang moden. Peranti berteknologi tinggi ini membolehkan mereka yang amat mengalami kehilangan pendengaran, dapat bercakap, belajar dan berkomunikasi dengan orang tersayang bukan seperti sebelumnya.

Sehingga ke hari ini, beribu-ribu orang di lebih daripada 120 buah negara di seluruh dunia dapat mendengar, terima kasih kepada peranti MED-EL. Ahli profesional kami yang berdedikasi telah membantu rakyat Malaysia sejak tahun 2004. Kami mempunyai rangkaian klinik di seluruh negara dengan ahli profesional yang membantu dalam memilih penyelesaian pendengaran yang sesuai untuk anda. Anda berada di permulaan perjalanan pendengaran yang luar biasa.

Bagaimana Pendengaran Berfungsi

 

Telinga Luar

Gelombang bunyi, iaitu getaran, memasuki melalui telinga luar dan sampai ke telinga tengah untuk menggetarkan gegendang telinga.

Telinga Luar
 

Telinga Tengah

Gegendang telinga kemudian menggetarkan osikel, iaitu tulang kecil di dalam telinga tengah. Getaran bunyi bergerak melalui osikel ke telinga dalam.

Telinga Tengah
 

Telinga Dalam

Apabila getaran bunyi sampai ke koklea, ia menolak terhadap sel yang khusus dikenali sebagai sel rambut. Sel rambut menukarkan getaran menjadi impuls saraf elektrik.

Telinga Dalam
 

Saraf Auditori

Saraf auditori menyambungkan koklea ke pusat auditori otak. Apabila impuls saraf elektrik ini sampai ke otak, ia diterima sebagai bunyi.

Saraf Auditori
Jenis Kehilangan Pendengaran

Jenis Kehilangan Pendengaran

Penyelesaian bagi Kehilangan Pendengaran

Penyelesaian bagi Kehilangan Pendengaran

Kami mempunyai pelbagai penyelesaian pendengaran untuk memenuhi keperluan bagi jenis dan tahap kehilangan pendengaran yang berbeza iaitu, sistem implan koklea, sistem stimulasi akustik elektrik, sistem implan telinga tengah, sistem implan konduksi tulang dan sistem pendengaran konduksi tulang. Ketahui lebih lanjut di bawah tentang penyelesaian pendengaran MED-EL.

Sistem CI

Sistem CI
Implan Koklea

Ketahui Lebih Lanjut

Sistem EAS

Sistem EAS
Stimulasi Akustik
Elektrik

Ketahui Lebih Lanjut

VIBRANT SOUNDBRDIGE

VIBRANT SOUNDBRIDGE
Implan Telinga Tengah

Ketahui Lebih Lanjut

BONEBRIDGE - bci602

BONEBRIDGE
Implan
Konduksi Tulang

Ketahui Lebih Lanjut

Konduksi Tulang ADHEAR

ADHEAR
Konduksi Tulang
Sistem

Ketahui Lebih Lanjut

Soalan Lazim

Bahagian Soalan Lazim

Pendengaran merupakan proses yang mana telinga kita mengesan gelombang bunyi dari persekitaran dan menukarnya menjadi isyarat saraf agar otak dapat memahaminya sebagai bunyi. 

Bagi penerangan yang lebih terperinci, lihat Cara Pendengaran Berfungsi.

Apabila satu bahagian telinga tidak berfungsi seperti sepatutnya, ia menjadi lebih sukar untuk mendengar—ini dikenali sebagai kehilangan pendengaran. Kehilangan pendengaran boleh diakibatkan oleh pelbagai sebab, dan boleh berbeza tahap daripada ringan hingga ketara. Ada banyak rawatan bagi kehilangan pendengaran, termasuk alat bantu pendengaran dan implan pendengaran. 

Ketahui lebih lanjut tentang enis kehilangan pendengaran yang berlainan.

Sistem implan pendengaran direka bentuk untuk memulihkan pendengaran kepada individu yang tidak mendapat manfaat yang mencukupi daripada alat bantu pendengaran.

Sistem implan pendengaran merupakan gabungan implan dalaman dan pemproses audio luaran. Terdapat jenis implan pendengaran yang berbeza—seperti implan koklea, implan telinga tengah atau implan konduksi tulang—direka bentuk bagi jenis kehilangan pendengaran yang berbeza.

Ketahui lebih lanjut tentang jenis sistem implan pendengaran yang berlainan.

Walaupun kedua-dua alat bantu pendengaran dan implan pendengaran direka untuk memperbaiki pendengaran individu, implan pendengaran secara asasnya adalah berbeza daripada alat bantu pendengaran.

Alat bantu pendengaran hanya menguatkan bunyi dari luar telinga anda, yang mana mungkin tidak berkesan jika anda mengalami kehilangan pendengaran yang teruk.

Implan pendengaran membawa bunyi terus ke dalam telinga anda, yang membolehkan penghantaran isyarat bunyi dengan lebih berkesan. Implan pendengaran boleh membantu individu yang tidak dapat memanfaatkan alat bantu pendengaran.

Jika anda mengalami kehilangan pendengaran yang sederhana hingga ketara, anda mungkin merupakan calon bagi implan pendengaran. Pakar pendengaran akan dapat memberitahu anda dengan lebih lanjut tentang keadaan khusus anda. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian pendengaran yang tepat untuk anda, hanya hubungi kami menggunakan  borang hubungan kami di bawah dan kami akan hubungkan anda dengan pakar pendengaran di kawasan anda.

Bagi kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran yang teruk hingga ketara, kemungkinan untuk berjaya itu lebih tinggi jika mereka diimplan pada usia muda. Dalam beberapa tahun pertama kanak-kanak, otak bersedia dengan khusus untuk mempelajari bahasa dan menyesuaikan diri dengan implan pendengaran. Dalam banyak kes, apabila kanak-kanak dengan kecacatan pendengaran yang ketara diimplan dengan cepat, pendengaran dan percakapan mereka akan berkembang dengan cara yang serupa dengan rakan sebaya mereka yang tidak mengalami kehilangan pendengaran.

Usia pengimplanan bergantung pada pesakit individu dan nasihat doktor anda. Jika anda belum merujuk pada pakar pendengaran, sila isi borang hubungan ringkas kami dan kami akan hubungkan anda dengan pakar pendengaran di kawasan anda.

Tiada had usia untuk menerima implan pendengaran. Banyak penerima kami adalah orang dewasa yang lebih tua yang telah menikmati kualiti hidup yang diperbaharui selepas pendengaran mereka dipulihkan.

Belajar menggunakan deria pendengaran anda yang dipulihkan merupakan satu proses. Kesanggupan untuk menyertai program rehabilitasi untuk mengembangkan kemahiran mendengar adalah penting bagi calon pada sebarang usia.

Seperti mana-mana pembedahan lain, ada beberapa risiko yang berpotensi terhadap pengimplanan koklea. Risiko yang terlibat dalam pembedahan implan koklea adalah rendah, walau bagaimanapun, ia dapat dibandingkan dengan pembedahan telinga lain. Reka bentuk implan pendengaran MED-EL membolehkan teknik pembedahan yang paling kurang invasif. Pesakit harus merujuk profesional perubatan bagi maklumat lanjut tentang risiko yang mungkin ada. 

Pembedahan implan pendengaran biasanya berjalan selama 1–3 jam. Pesakit biasanya sudah boleh bangun pada hari seterusnya. Tempoh tinggal di hospital biasanya satu atau beberapa hari, bergantung pada amalan setempat.

Pengesan logam atau peranti pemeriksaan keselamatan tidak akan menjejaskan fungsi implan anda. Walau bagaimanapun, oleh kerana implan mengandungi komponen logam, MED-EL akan memberikan anda kad ID penerima untuk digunakan di titik semak keselamatan.

Ya, individu dengan implan pendengaran boleh menjalani hidup yang aktif dengan sedikit had. Doktor atau profesional pendengaran anda merupakan sumber terbaik bagi maklumat yang terindividu.

Kami umumnya menyokong dan mengesyorkan penggunaan helmet dalam keadaan apabila helmet biasanya digunakan. Penting untuk melindungi tempat yang diimplan daripada impak langsung. Pelindung WaterWear kalis air harus digunakan dengan pemproses audio apabila mengambil bahagian dalam sukan air. Tanggalkan pemproses audio sebelum bermain di peralatan taman permainan plastik yang boleh menjana tahap elektrik statik yang tinggi.

Sistem implan pendengaran MED-EL adalah canggih, tetapi kemajuan baru dalam pemprosesan bunyi dan teknologi lain sentiasa dibangunkan pada setiap masa. Dengan penyesuaian ringkas untuk mengemas kini pemproses audio luaran, anda boleh menaik taraf kepada teknologi terkini tanpa menjalani pembedahan tambahan.

Sistem yang mudah untuk dinaik taraf ini membolehkan pengguna implan pendengaran MED-EL mendapat kelebihan daripada inovasi terkini—pada masa sekarang dan pada masa hadapan.

Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang menerima sistem implan pendengaran MED-EL, isi borang hubungan ringkas kami dan kami akan hubungkan anda dengan pakar pendengaran di kawasan anda. Dengan beberapa penilaian rutin, pakar pendengaran anda boleh mencari penyelesaian pendengaran yang tepat untuk anda.

Langkah Seterusnya

Langkah Seterusnya

Apa yang anda boleh jangkakan seterusnya? Berikut adalah gambaran bagi proses menerima implan koklea.

  • Pertama, anda perlu mengunjungi pakar pendengaran bagi menjalani ujian pendengaran profesional. Kemudian anda boleh mengetahui penyelesaian mana yang sesuai untuk pendengaran anak anda. Jika kurang pendengaran dikesan, anda akan dirawat dengan alat bantu pendengaran terlebih dahulu.
  • Jika alat bantu pendengaran tidak memberikan penguatan yang mencukupi, implan koklea mungkin penyelesaian yang sesuai untuk anak anda. Oleh itu, pengimplanan koklea akan menjadi langkah seterusnya. Kami boleh membantu anda mencari pakar berdekatan anda - hanya isi borang hubungan ringkas. Ini merupakan pembedahan rutin yang selamat. Doktor anda mungkin meminta anak anda tinggal di hospital selama sehari dua.
  • Lebih kurang empat minggu selepas pengimplanan, implan boleh diaktifkan. Pakar pendengaran anda akan memprogramkan implan untuk anak anda dan menunjukkan cara menggunakannya kepada anda. Ini merupakan kali pertama anak anda akan mendengar dengan telinga baru mereka.
  • Dalam minggu-minggu pertama selepas pengimplanan, kelantangan akan ditingkatkan sedikit pada selang yang tetap, supaya otak boleh menyesuaikan dengan bunyi baru itu.
  • Bagi tahun pertama, rehabilitasi adalah mandatori supaya pendengaran anak anda berkembang dengan baik. Rehabilitasi disediakan di pusat CI di seluruh negara. Untuk maklumat terperinci, sila hubungi pusat CI terdekat anda.

Mengapa MED-EL?

MED-EL merupakan peneraju inovasi global dalam menyediakan penyelesaian bagi kehilangan pendengaran. Sistem implan koklea, sistem akustik elektrik, sistem implan telinga tengah dan sistem konduksi tulang kami telah memulihkan pendengaran kepada lebih 200,000 individu di seluruh dunia. Mengapa begitu ramai orang memilih penyelesaian pendengaran MED-EL?

Keselamatan MRI

Implan koklea MED-EL boleh menjalani imbasan MRI pada 3.0 Tesla, tanpa perlu magnet dikeluarkan*.

Teknologi Lanjutan

MED-EL telah menjadi peneraju dunia implan pendengaran selama lebih 40 tahun. Daripada pengekodan bunyi terkini sehingga tatasusunan elektrod tercanggih, semua peranti kami direka untuk memberikan anda pendengaran yang sebaik mungkin.

Implan yang Dipercayai

Dengan implan yang direka dan dibuat di Eropah menggunakan pengalaman selama berdekad-dekad, implan MED-EL dihasilkan untuk memberikan anda pendengaran yang boleh diharapkan selama bertahun-tahun.

Sokongan Sepanjang Hayat

Implan anda akan bersama anda sepanjang hayat, malahan MED-EL juga. Sokongan kami yang cemerlang akan sentiasa bersama anda, tanpa mengira besar atau kecil persoalannya.


* Penerima dengan Implan Koklea SYNCHRONY 2 atau SYNCHRONY boleh diimbas MRI dengan selamat pada 0.2, 1.0, 1.5 dan 3.0 Tesla mengikut syarat-syarat yang diperincikan dalam arahan penggunaan.

Klinik MED-EL di Malaysia

Dari Semenanjung Malaysia hingga Sabah & Sarawak, terdapat klinik MED-EL di seluruh Malaysia yang boleh membantu anda mendengar semula. Cari klinik berhampiran anda.

 

Ketahui Lebih Lanjut
Hubungi MED-EL

Hubungi MED-EL Malaysia

Adakah anda bersedia untuk memulakan perjalanan pendengaran anda? MED-EL Malaysia bersedia untuk membantu. Hubungi kami menggunakan borang di bawah dan ambil langkah pertama anda bagi pendengaran yang lebih baik.

Buka dalam Google Maps

 

Alamat:
MED-EL Malaysia
Unit 13-2, Medan Klang Lama 28, Jalan Klang Lama,
58200 Kuala Lumpur,
Malaysia

 

Hubungan:
Telefon.: +603-7772 7466
Faks.: +603-7772 5947
E-mel: office@my.medel.com

MED-EL akan menggunakan maklumat yang anda berikan pada borang ini untuk berhubung dengan anda dan untuk memberikan kemas kini dan pemasaran. Sila maklumkan kami tentang semua cara yang anda mahu dengar daripada kami:

Anda boleh mengubah fikiran anda pada bila-bila masa dengan mengklik pautan nyahlanggan dalam nota kaki mana-mana e-mel yang anda terima daripada kami, atau dengan menghubungi kami di marketing@medel.com. Kami akan menghormati maklumat anda. Bagi maklumat lanjut tentang amalan privasi kami, sila kunjungi halaman dasar privasi kami. Dengan mengklik di bawah, anda bersetuju yang kami boleh memproses maklumat anda menurut terma-terma ini.