Implan Konduksi Tulang
BONEBRIDGE memberikan anda pendengaran yang hebat, tetapi bukan itu sahaja. Ia merupakan implan konduksi tulang aktif paling canggih dan ditempatkan sepenuhnya di bawah kulit. Malah, anda tidak akan menyedari ia di situ! Ketahui bagaimana BONEBRIDGE menggunakan konduksi tulang untuk merevolusikan pendengaran anda.


Selesa dan Berkesan
BONEBRIDGE ialah implan yang direka di sekitar anda, iaitu pengguna. Dengan berada sepenuhnya di bawah kulit anda, implan ergonomik ini tidak meninggalkan anda dengan luka terbuka atau rutin penjagaan kulit yang perlu dirisaukan. Pemproses Audio SAMBA 2 yang dipakai di luar terletak dengan selesa di kepala anda dan reka bentuknya yang bergaris aliran menjadikannya mudah disembunyikan di bawah rambut anda.
Tetapi yang paling penting, BONEBRIDGE menawarkan anda kualiti bunyi yang hebat. MED-EL mempelopori implan konduksi tulang "di bawah kuliti" apabila kami memperkenalkan BONEBRIDGE lebih sepuluh tahun dahulu. Beribu-ribu pengguna yang berpuashati di seluruh dunia menunjukkan betapa berjayanya BONEBRIDGE. Dan kami telah menggabungkan pengalaman pasaran ini dengan maklum balas daripada pakar bedah terkemuka untuk mencipta implan BONEBRIDGE generasi kedua. Bagi anda, itu bermakna pendengaran yang selesa dan berkualiti tinggi yang anda boleh harapkan untuk tahun-tahun mendatang.
Kualiti bunyi semula jadi
Diletakkan sepenuhnya di bawah kulit
Pemproses audio yang kecil dan bergaya

Dianugerahkan pada tahun 2019 kepada Implan Konduksi Tulang BONEBRIDGE BCI 602.

Bagaimanakah BONEBRIDGE Berfungsi?
Dengan pendengaran normal, getaran bunyi dihantar melalui bahagian luar dan tengah telinga, dan kemudian ke telinga dalam. Jika anda mengalami kehilangan pendengaran konduktif atau campuran, telinga luar atau tengah anda rosak, maka bunyi tidak dapat sampai ke telinga dalam anda dengan berkesan.
Tetapi BONEBRIDGE boleh membantu. BONEBRIDGE mengesan bunyi di sekeliling anda, dan kemudian menghantarnya ke telinga dalam melalui tulang tengkorak anda, melepasi telinga luar dan tengah anda yang rosak. Jika anda mengalami kepekakan sebelah telinga, BONEBRIDGE juga boleh digunakan untuk mengesan getaran bunyi dari sebelah yang tidak berfungsi dan menghantarnya ke telinga dalam di sebelah yang bagus.

SAMBA 2
Pemproses Audio
- Pemproses Audio Paling Ringan
- Penutup Rekaan yang Bergaya
- Teknologi Pendengaran Pintar


BONEBRIDGE
Implan BCI 602
- Kualiti Bunyi Semula jadi
- Diletakkan Sepenuhnya Di Bawah Kulit
- MRI 1.5 Tesla Tanpa Pembedahan*
SAMBA 2
Pemproses Audio
SAMBA 2 merupakan generasi terkini pemproses audio bagi SOUNDBRIDGE dan BONEBRIDGE. Dengan rekaan moden dan intuitif dan teknologi pendengaran pintar. Ia direka untuk menjadikan pengalaman pendengaran anda seringkas yang mungkin.
Selesa Dipakai
BONEBRIDGE ialah implan konduksi tulang aktif yang diimplan sepenuhnya di bawah kulit. Bagi anda, ia bermaksud tiada apa yang terkeluar dari kulit anda, tiada luka terbuka, oleh itu tiada rutin penjagaan kulit harian yang perlu dirisaukan. Anda hanya perlu pakai Pemproses Audio SAMBA 2 anda setiap pagi, dan melupakannya terus sepanjang hari.

Penyelesaian yang Bergaya
Jadikan BONEBRIDGE tidak dapat dilihat. Pemproses Audio SAMBA 2 dipakai di kepala anda, betul-betul di belakang telinga anda, dan terletak dengan selesa di tempatnya oleh magnet. Ini memudahkan anda menyembunyikan SAMBA 2 yang kompak di bawah rambut anda. Sebagai alternatif, jadikan pemproses anda menyerlah daripada yang lain dengan Pelindung Rekaan SAMBA 2 yang bergaya.

Dibuat untuk Masa Hadapan
Implan pendengaran adalah keputusan untuk sepanjang hayat, jadi adalah penting untuk memilih sistem yang anda boleh percayai. Reka bentuk BONEBRIDGE yang kukuh dihasilkan untuk anda mendengar selama bertahun-tahun yang akan datang dan anda boleh menaik taraf dengan mudah kepada pemproses audio terkini. Implan boleh menjalani pengimbasan MRI pada 1.5 Tesla tanpa pembedahan,* tanpa ketidakselesaan dan tanpa masa henti pendengaran, jadi anda bersedia untuk menghadapi masa hadapan.**Dan disebabkan oleh pengalaman kami yang banyak dan positif dengan MRI, kami malahan menawarkan jaminan MRI sepanjang hayat untuk implan anda.***
Pengalaman dengan BONEBRIDGE
Pengguna BONEBRIDGE memberitahu kami bagaimana implan konduksi tulang mereka bukan hanya memperbaiki pendengaran mereka, tetapi juga kehidupan mereka—di tempat kerja, di rumah dan bersama rakan-rakan dan keluarga.
"Hari ini, saya masih tidak percaya perbezaan yang peranti kecil ini dapat lakukan!"
Daniela A., pengguna BONEBRIDGE dari Austria
"Terasa sungguh semula jadi, seperti saya sudah memakainya selama bertahun-tahun."
Langkah Seterusnya
Apa yang anda boleh jangkakan seterusnya? Ini adalah gambaran proses penerimaan implan konduksi tulang.
1
Penilaian
2
Pengimplanan
Untuk mengimplan BONEBRIDGE, prosedur pembedahan adalah jelas dan mudah serta biasanya berjalan selama 1 jam bawah anestesia umum. Penerima biasanya boleh bangun pada keesokan hari. Anda mungkin berada di hospital selama sehari atau beberapa hari, bergantung pada keperluan individu anda dan kebiasaan di tempat anda.
3
Pengaktifan
Biasanya, 1-2 minggu selepas pengimplanan, anda akan menjalani penyesuaian pertama anda. "Hari pengaktifan" ini adalah apabila ahli audiologi anda akan menghidupkan pemproses audio anda buat kali pertama dan anda akan mendengar bunyi baharu pertama anda. Tetapan audio pemproses anda akan dilaraskan agar bersesuaian dengan keutamaan pendengaran anda.
Data Teknikal


Implan BCI 602
Kandungan Kit Implan
- 1 Implan Konduksi Tulang BCI 602
- 3 Skru Korteks (Osseointegrasi skru tidak diperlukan):
- 2 Skru Standard Gerudi Kendiri 1.6 x 5 mm (perak)
- 1 Skru Kecemasan 1.9 x 5 mm (biru)
- 1 Pemutar Skru Pembedahan SD 2 (sekali guna)
Berat
Kira-kira 20 g
Bahan-bahan yang Bersentuhan Dengan Tisu
Implan: Elastomer silikon gred perubatan, titanium gred 5 ELI (menurut ASTM F 136-12)
Skru: Aloi titanium Ti6Al7Nb
Pemutar skru
Polioksimetilena (POM), keluli tahan karat martensitik (1.4197)
Syarat-syarat MRI
MR bersyarat pada 1.5 Tesla**
Kedalaman Menyelam Maksimum
50 m dalam air masin (6 bar)
Bioserasi mengikut ISO 10993-1
Bebas lateks****
Dihantar siap disteril
* Melainkan diperlukan atas alasan diagnostik.
** Implan konduksi tulang BONEBRIDGE adalah MR bersyarat. Penerima dengan BONEBRIDGE boleh diimbas MRI dengan selamat pada 1.5 Tesla mengikut syarat-syarat yang diperincikan dalam arahan penggunaan.
*** Terma dan syarat Jaminan MRI boleh didapati di sini.
**** Yang mana "bebas" bermakna "tidak dibuat dengan lateks" mengikut panduan FDA semasa.