Implan Telinga Tengah

Implan telinga tengah adalah cara mudah tetapi berkesan untuk mendengar dengan jelas serta semula jadi. Ketahui mengapa VIBRANT SOUNDBRIDGE adalah sistem implan telinga tengah yang paling popular serta apa yang ia boleh lakukan untuk anda.

VIBRANT SOUNBRIDGE

Cara Baharu Untuk Mendengar

SOUNDBRIDGE adalah sistem implan telinga tengah yang membuka dunia bunyi kepada mereka yang mengalami kehilangan pendengaran. Ia ideal bagi individu yang tidak melihat sebarang peningkatan dengan alat bantu pendengaran, atau tidak boleh menggunakannya atas sebab perubatan.

Bertentangan dengan alat bantu pendengaran, yang menguatkan bunyi dari luar telinga anda, SOUNDBRIDGE membawa bunyi terus ke dalam telinga anda. Kaedah pendengaran yang inovatif ini juga memastikan kualiti bunyi semula jadi yang hebat, memudahkan anda mendengar perkara yang paling anda sukai.

  • Kualiti bunyi semula jadi

    Pendengaran semula jadi yang jelas tanpa sebarang maklum balas hingar

  • Pemeliharaan struktur telinga yang halus

    Satu-satunya implan telinga tengah dengan penyangkut titik tunggal

  • Kebolehpercayaan jangka panjang

    Implan telinga tengah yang paling berjaya selama lebih 25 tahun

  • Selesa dipakai

    Dengan Pemproses Audio SAMBA 2 yang kecil dan bergaya

SOUNDBRIDGE

Pengalaman dengan SOUNDBRIDGE

Pengguna SOUNDBRIDGE memberitahu kami bagaimana implan telinga tengah mereka bukan hanya memperbaiki pendengaran mereka, tetapi juga kehidupan mereka—di tempat kerja, di rumah, bersama rakan-rakan dan bersama keluarga.

"Pada masa itu baru saya sedari apa yang tidak saya miliki selama bertahun-tahun." 
Gerald, pengguna SOUNDBRIDGE dari Jerman
 Kisah Pengguna
"Saya tidak mahu lagi kehilangan keupayaan pendengaran baharu saya."

Bagaimanakah SOUNDBRIDGE Berfungsi?

SOUNDBRIDGE direka untuk mereka yang mengalami kehilangan pendengaran sensorineural yang ringan hingga teruk, serta untuk mereka yang mengalami kehilangan pendengaran konduktif atau campuran.

Mendengar dengan SOUNDBRIDGE adalah sangat serupa dengan mendengar secara semula jadi. Pemproses Audio SAMBA 2 mengesan bunyi dan menghantarnya melalui kulit ke implan SOUNDBRIDGE. SOUNDBRIDGE kemudian mengambil gelombang bunyi ini dan menukarkannya menjadi getaran mekanikal, sama seperti telinga dengan pendengaran biasa. Getaran mekanikal merangsang koklea, yang menghantar isyarat bunyi ke otak anda dan membolehkan anda memahami bunyi di sekeliling anda.

Sistem SOUNDBRIDGE terdiri daripada dua bahagian utama. Pemproses audio SAMBA 2 yang dipakai di luar mengesan bunyi di sekeliling anda dan menghantarnya ke implan dalaman, yang diletakkan betul-betul di bawah kulit di belakang telinga.

Lihat SOUNDBRIDGE berfungsi dengan menonton video ringkas ini.

 

 Butiran Terperinci

SOUNDBRIDGE dihasilkan untuk memberikan anda pendengaran yang lebih baik sepanjang hayat. Dengan teknologi pendengaran yang terkini, juga rekaan serasi MRI yang boleh diharap, anda boleh mendengar yang terbaik selama bertahun-tahun akan datang.

Dan dengan SAMBA 2, anda mempunyai pemproses audio yang dibuat untuk memudahkan kehidupan anda. Pilihan kesambungan yang fleksibel dan Pelindung Rekaan yang bergaya semuanya dihimpun dalam peranti selesa yang senang digunakan.

SAMBA 2

SAMBA 2
Pemproses Audio

  • Pemproses Audio Paling Ringan
  • Penutup Rekaan yang Bergaya
  • Teknologi Pendengaran Pintar
VORP 503

VIBRANT SOUNDBRIDGE
Implan VORP 503

  • Kualiti Bunyi Semula jadi
  • Kebolehpercayaan Jangka Panjang
  • MRI 1.5 Tesla Tanpa Pembedahan*
Faedah VIBRANT SOUNDBRIDGE

Mengapa Memilih SOUNDBRIDGE

Melangkaui Alat Bantu Pendengaran

Jika anda tidak boleh menggunakan alat bantu pendengaran, atau berasa tidak selesa menggunakannya, maka SOUNDBRIDGE boleh menjadi pilihan yang terbaik untuk anda. Dengan SOUNDBRIDGE, tiada apa-apa di dalam salur telinga anda, yang mencegah jangkitan telinga yang dialami oleh sesetengah pengguna alat bantu pendengaran.

Mungkin juga yang alat bantu pendengaran tidak cukup berkuasa untuk kehilangan pendengaran anda. Oleh sebab SOUNDBRIDGE menyampaikan bunyi terus ke bahagian dalam telinga anda, ia boleh menjadikan bunyi lebih kuat dan lebih jelas daripada kebanyakan alat bantu pendengaran—tanpa sebarang maklum balas hingar. Ini bermakna yang anda boleh menikmati spektrum bunyi sepenuhnya, daripada paling kuat hingga paling perlahan.

Untuk yang Muda dan Tua

SOUNDBRIDGE adalah satu-satunya sistem implan telinga tengah yang boleh digunakan oleh kanak-kanak serta orang dewasa. Reka bentuknya yang unik bermakna yang kanak-kanak semuda 5 tahun boleh merasai kualiti bunyi semula jadi SOUNDBRIDGE, serta meningkatkan pendengaran mereka sebanyak sehingga 73%**. Memberikan kanak-kanak kecil capaian awal kepada bunyi membantu mereka berkembang sama seperti rakan sebaya mereka, dan juga mencapai apa jua yang mereka mahukan dalam hidup.

73%
pendengaran lebih baik

Direka bentuk untuk Masa Hadapan

Kami sentiasa membangunkan teknologi baharu, yang akan dimasukkan ke dalam pemproses audio masa hadapan. Tetapi kami memastikan yang setiap pemproses audio baharu serasi dengan setiap implan SOUNDBRIDGE, supaya anda boleh mendapat manfaat daripada kemajuan terkini dalam teknologi pendengaran, tanpa mengira bila anda menerima implan anda.

Keselamatan Melebihi Segala-galanya

Kebanyakan daripada kita akan memerlukan pengimbasan MRI pada satu masa sepanjang hayat kita. Ini sebabnya implan SOUNDBRIDGE terkini direka bentuk untuk menawarkan anda MRI*** mudah tanpa pembedahan,* tanpa ketidakselesaan dan tanpa masa henti pendengaran. Dan disebabkan oleh pengalaman kami yang lama dan positif dengan MRI, malah kami menawarkan jaminan MRI sepanjang hayat untuk implan anda.****

easyMRI

SAMBA 2
Pemproses Audio

SAMBA 2 merupakan generasi terkini pemproses audio bagi SOUNDBRIDGE dan BONEBRIDGE. Dengan rekaan moden dan intuitif dan teknologi pendengaran pintar. Ia direka untuk menjadikan pengalaman pendengaran anda seringkas yang mungkin.


Ketahui dengan Lebih Lanjut

Langkah Seterusnya

Apa yang anda boleh jangkakan seterusnya? Ini adalah gambaran proses penerimaan implan telinga tengah.

1

Penilaian

Pertama sekali, anda akan menjalani penilaian rutin untuk memastikan anda ialah calon bagi implan telinga tengah, serta jika terdapat sebarang faktor tambahan yang harus dipertimbangkan oleh pasukan anda. Pasukan klinikal anda akan membantu anda dan keluarga anda melalui secara khusus apa yang dijangkakan dalam langkah seterusnya.

2

Pengimplanan

Untuk mengimplan SOUNDBRIDGE, prosedur pembedahan adalah jelas dan mudah serta biasanya berjalan antara 1–2 jam bawah anestesia umum. Penerima biasanya boleh bangun pada keesokan hari. Anda mungkin berada di hospital selama sehari atau beberapa hari, bergantung pada keperluan individu anda dan kebiasaan di tempat anda. 

3

Pengaktifan

Beberapa minggu selepas pengimplanan, anda akan menjalani penyesuaian pertama anda. "Hari pengaktifan" ini adalah apabila ahli audiologi anda akan menghidupkan pemproses audio anda buat kali pertama dan anda akan mendengar bunyi baharu pertama anda. Tetapan audio pemproses anda akan dilaraskan agar bersesuaian dengan keutamaan pendengaran anda.

Data Teknikal

⌀ 28 mm
14.2 mm
22 mm
0.5 mm
⌀ 1.8 mm
2.3 mm
Implan VIBRANT SOUNDBRIDGE
4.4 mm
4.1 mm
125 °
57 mm
VIBRANT SOUNDBRIDGE

VORP 503


Kandungan Kit Implan

  • 1 implan telinga tengah VORP 503
  • 3 skru korteks gerudi kendiri (1.6 x 4 mm)
  • 1 pemutar skru sekali guna

Berat

  • 10.6 g

Bahan-bahan yang Bersentuhan Dengan Tisu
Implan: elastomer silikon gred perubatan, titanium, epoksi gred perubatan Skru: aloi titanium Ti 6Al 7Nb


Kedalaman Dasar Tulang Disyorkan untuk Pendemodulat
1.9 mm


Ciri-ciri Keselamatan
Perlindungan lebihan voltan


Syarat-syarat MRI
MR bersyarat pada 1.5 Tesla***


Penembusan Skru dalam Tulang
3.5 mm (maks.)


Kedalaman Rendaman Maksimum
50 m dalam air masin (6 bar)


Bioserasi mengikut ISO 10993-1


Bebas lateks*****


Dihantar siap disteril


Vibroplasty Coupler


Incus-SP-Coupler

  • Bagi peletakan ke atas proses pendek inkus
  • Bahan-bahan yang bersentuhan dengan tisu: titanium gred 5 ELI (ASTM F136)
  • Kandungan kit: 1 Coupler, 1 rangka pemegang, 1 penahan

Incus-LP-Coupler

  • Bagi peletakan ke atas proses panjang inkus
  • Bahan-bahan yang bersentuhan dengan tisu: titanium gred 5 ELI (ASTM F136), titanium gred 2 (ASTM F67)
  • Kandungan kit: 1 Coupler, 1 rangka pemegang, 1 penahan

RW-Soft-Coupler

  • Bagi peletakan ke atas membran tetingkap bulat
  • Bahan-bahan yang bersentuhan dengan tisu: Silikon perubatan dan gel silikon
  • Kandungan kit: 2 Coupler, 1 rangka pemegang, 2 penahan

Vibroplasty-CliP-Coupler

  • Bagi peletakan ke atas kepala stapes
  • Bahan-bahan yang bersentuhan dengan tisu: titanium gred 2, titanium gred 1
  • Kandungan kit: 1 Coupler

Stapes-SH-Coupler

  • Bagi peletakan ke atas kepala stapes
  • Bahan-bahan yang bersentuhan dengan tisu: Titanium Gred 2 (ASTM F67) dan Titanium Gred 5 (ASTM F136)
  • Kandungan kit: 1 coupler, 1 rangka pemegang, 1 penahan



* Melainkan diperlukan atas alasan diagnostik.
** VIBRANT SOUNDBRIDGE pada Kanak-kanak dan Remaja: Analisis Akhir Kajian Susulan Klinikal Selepas Pasaran, Mac 2017
*** Implan telinga tengah VIBRANT SOUNDBRIDGE adalah MR bersyarat. Penerima dengan implan telinga tengah VIBRANT SOUNDBRIDGE boleh diimbas MRI dengan selamat pada 1.5 Tesla mengikut syarat-syarat yang diperincikan dalam  arahan penggunaan.
**** Terma dan syarat Jaminan MRI boleh didapati di sini.
***** Yang mana "bebas" bermakna "tidak dibuat dengan lateks" mengikut panduan FDA semasa.