Pemproses Audio SAMBA 2

Kehidupan mungkin kadangkala rumit, tetapi pendengaran anda tidak perlu begitu. SAMBA 2 telah direka secara khusus untuk menjadikan pengalaman pendengaran anda semudah yang mungkin.

SAMBA 2

Pendengaran Tanpa Usaha Keras

Tidak sentiasa mudah untuk mendengar yang terbaik. Restoran yang sibuk, berbual dalam kenderaan atau sekadar menikmati konsert boleh menjadi satu cabaran.

Tetapi SAMBA 2 bersedia untuk anda. SAMBA 2 mengesan persekitaran pendengaran yang anda berada dan mengubah tetapan secara automatik untuk memudahkan anda mendengar. Tambahan lagi, pengurangan hingar lanjutan dan penjejakan pertuturannya memastikan anda mendengar yang terbaik pada setiap masa.

SAMBA 2

Penyesuai Bunyi Pintar 2.0

Mengubah tetapan secara automatik untuk dipadankan dengan persekitaran anda, dan pelajari tetapan mana yang anda paling kerap ubah secara manual.

Pengurangan Hingar

Mengurangkan hingar harian, seperti trafik atau angin, dan meminimumkan perbualan latar yang mengganggu.

Penjejakan Pertuturan

Menumpukan pada orang yang sedang bercakap, sama ada mereka berada di hadapan anda atau duduk bersebelahan anda di dalam kereta.

SAMBA 2
SAMBA 2

Kemudahan Setiap Hari

Kini anda tidak perlu lagi memegang-megang pemproses anda. SAMBA 2 menampilkan klip pelekatan serba baharu, yang mempunyai rekaan optimum dan hanya dipasang ke atas pemproses tanpa anda perlu menanggalkan penutup. Petak bateri juga telah direka semula supaya anda boleh menukar bateri dengan cepat dan lancar, sama seperti bantuan pendengaran.

Dan dengan kira-kira 8-10 hari hayat bateri, SAMBA 2 menawarkan kuasa tahan lama yang anda boleh percayai.

SAMBA 2
Tetapan Ringkas

Tetapan Ringkas

Baharu untuk SAMBA 2 ialah pilihan SAMBA 2 Remote. Aplikasi ini, tersedia bagi kedua-dua iPhone dan Android, membantu anda bertukar antara tetapan pemproses audio ringkas yang telah dipratakrif oleh ahli audiologi anda, seperti kelantangan dan program. Ini menawarkan kemudahan tambahan semasa dalam perjalanan, kerana anda tidak perlu membawa kawalan jauh berasingan bersama anda.

Aplikasi SAMBA 2 Remote boleh dimuat turun secara berasingan daripada gedung aplikasi anda.


SAMBA 2
SAMBA 2
SAMBA 2 GO

Penstriman Mudah

Sambungkan SAMBA 2 kepada telefon anda dengan SAMBA 2 GO. Peranti pendengaran bantuan pilihan ini boleh digunakan untuk menstrim bunyi daripada telefon mudah alih anda, TV, tablet, dan banyak peranti lain. Ia membawa bunyi daripada peranti audio anda terus ke telinga anda, dan membolehkan anda membuat panggilan bebas tangan.

  • Buat panggilan bebas tangan
  • Mendengar muzik
  • Gunakan mikrofon jauh dan sistem FM
SAMBA 2
SAMBA 2

Keselesaan Unggul

SAMBA 2 direka supaya sangat selesa, anda mungkin terlupa yang anda sedang memakainya. Dengan berat hanya 9.3 g*, ia merupakan salah satu pemproses audio paling ringan yang tersedia di pasaran.

SAMBA 2 bukan sahaja ringan, ia juga nipis. Pada titik paling lebar, ia hanya lebih satu sentimeter tebal. Profil nipis ini bermakna yang SAMBA 2 tidak terkeluar dengan pelik dari kepala anda dan boleh disembunyikan dengan mudah di bawah rambut.


*SAMBA 2 seberat 9.3 g termasuk bateri dan magnet (kekuatan 1)

SAMBA 2
Penutup Rekaan

Tersembunyi atau Menonjol

Jika anda seseorang yang suka menyembunyikan pemproses audio anda, maka penutup SAMBA 2 dalam warna rambut asas, seperti peran muda atau coklat gelap, adalah ideal. Atau, jika anda suka menonjolkan pemproses audio anda, ada banyak Penutup Rekaan yang menarik untuk melengkapi setiap penampilan, termasuk cetakan haiwan liar, rekaan halus, dan corak kanak-kanak berwarna-warni.

SAMBA 2
Imaginasi SAMBA 2 Kids

Untuk Kanak-kanak

Hidup penuh dengan pengembaraan—dan SAMBA 2 bersama-sama anak anda sepanjang jalan. Set SAMBA 2 Kids didatangkan dengan pelbagai Penutup Rekaan yang terang dan menyeronokkan, sarung kalis ubah, WaterWear, dan klip pelekatan. Malahan ada tempat simpanan untuk memastikan SAMBA 2 anak anda selamat terjamin semasa mereka tidur.

SAMBA 2

Bermain Air

Dengan SAMBA 2, anda tidak perlu risau jika terkena hujan. Binaan dalam kalis air SAMBA 2 bermaksud yang ia kekal terlindung daripada percikan, peluh dan kelembapan harian.

Tetapi jika anda merancang untuk benar-benar menyelam ke dalam air, pastikan anda menggunakan WaterWear untuk melindungi SAMBA 2. Penutup kalis air guna semula ini mudah dipasang dan boleh digunakan dalam sebarang jenis air, termasuk air masin dan kolam renang berklorin.

SAMBA 2
SAMBA 2

Kami Bersedia Membantu Anda dalam Rawatan Pendengaran Anda

Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana penyelesaian pendengaran MED-EL boleh membantu anda atau orang jagaan anda? Hanya isi borang hubungan, dan kami akan memberikan anda maklumat lanjut.

Permohonan dan butiran hubungan anda akan dimajukan kepada pejabat MED-EL atau rakan niaga sah yang terdekat di negara anda. MED-EL akan menggunakan maklumat yang anda berikan pada borang ini untuk berhubung dengan anda dan untuk memberikan kemas kini dan pemasaran. Sila maklumkan kami tentang semua cara yang anda mahu dengar daripada kami:

Kami akan menghormati maklumat anda. Bagi maklumat lanjut tentang amalan privasi kami, sila kunjungi halaman dasar privasi kami. Dengan mengklik di bawah, anda bersetuju yang kami boleh memproses maklumat anda menurut terma-terma ini.

< Kembali

Data Teknikal

Lebar: 30.4 mm
Panjang: 36.4 mm
SAMBA 2
Tinggi: 10.2 mm
SAMBA 2

Tanda perkataan dan logo Bluetooth® ialah tanda dagangan berdaftar dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda sedemikian oleh MED-EL adalah berlesen.