Beraneka Ragam Bunyi di dalam Unit Tunggal

RONDO—Pemproses Unit Tunggal CI yang Pertama Di Dunia

RONDO®

Pemproses Unit Tunggal CI yang Pertama Di Dunia

Kompak dan Berintegrasi Penuh

Apa yang dapat apabila menggabungkan komponen pemproses audio tradisional umpamanya gegelung, unit kawalan, dan patrum bateri di dalam unit tunggal? Komponen yang kurang, tiada kabel, dan perasaan bebas daripada memakai sesuatu di belakang telinga.


Cuma Pasang dan Pergi!

Terjaga di waktu pagi dan mendengar beraneka ragam bunyi tidak pernah semudah ini. Memasang RONDO unit tunggal ini begitu mudah dan ringkas. Tetapan boleh ditukar semasa bergerak dengan kawalan jauh FineTuner.


Bunyi boleh Menggembirakan Kehidupan

Bunyi menghubungkan anda kepada planet dan manusia yang tinggal di dalamnya. Dengarkan segalanya, terima kasih kepada teknologi pengenalan MED-EL dan prestasi yang telah terbukti.

Tiada Apa-apa Di Belakang Telinga

Jika anda mendapat masalah hilang pendengaran, berkemungkinan anda telah memakai alat bantu pendengaran belakang telinga (BTE) atau pemproses audio sejak beberapa tahun. Kini, buat pertama kalinya, RONDO membebaskan ruang di belakang telinga daripada pemproses audio.

Bebaskan Telinga Anda

RONDO memberi ruang kepada cermin mata, kaca mata hitam, atau aksesori kegemaran anda.

Senang Disembunyikan

RONDO boleh disembunyikan dengan mudah di bawah rambut yang lebih panjang. Reka bentuk berintegrasi, tanpa pencangkuk telinga atau gegelung yang berasingan dapat menyembunyikan RONDO.

Harmoni Dengan Rambut Anda

Empat warna telah direka bentuk terutamanya untuk diharmonikan dengan warna semula jadi rambut anda, menjadikan RONDO hampir-hampir tidak kelihatan.

Hasilkan Ombak Dengan
WaterWear untuk RONDO

Aksesori WaterWear untuk RONDO yang kalis air sepenuhnya adalah penutup yang murah dan boleh guna semula untuk memberikan perlindungan yang sempurna terhadap air. Penutup yang anggun dan sangat ketat ini direka bentuk untuk prestasi mikrofon yang optimum, jadi anda boleh mendengar sebaik yang mungkin ke mana jua anda pergi. Dengan WaterWear untuk RONDO, anda sudah bersedia untuk menghasilkan ombak.

Tontoni video

Hasilkan Ombak Dengan
WaterWear untuk RONDO

Aksesori WaterWear untuk RONDO yang kalis air sepenuhnya adalah penutup yang murah dan boleh guna semula untuk memberikan perlindungan yang sempurna terhadap air. Penutup yang anggun dan sangat ketat ini direka bentuk untuk prestasi mikrofon yang optimum, jadi anda boleh mendengar sebaik yang mungkin ke mana jua anda pergi. Dengan WaterWear untuk RONDO, anda sudah bersedia untuk menghasilkan ombak.

Tontoni video

Pengurusan Bunyi Automatik

Pengurusan Bunyi Automatik (ASM) membolehkan penerima mendengar sebaiknya, walau apapun situasi atau tahap kebisingan latar belakangnya. ASM menampilkan AGC Gelung Berkembar dan Kawalan Kelantangan Automatik untuk perbualan yang selesa dalam latar belakang yang bising. Kawalan Kelantangan Automatik menjamin bunyi lembut didengar dengan jelas dan bunyi yang kuat dengan selesa.

Jalinkan Hubungan

RONDO boleh disambungkan kepada hampir setiap sumber audio luaran atau Peranti Bantu Dengar (ALD) melalui ketersambungan wayarles terbina dalam dan pilihan input audio terus. Telecoil bersepadu membenarkan anda menyambung pelbagai pilihan penstriman audio secara wayarles. Patrum Bateri Mini yang tersedia menyediakan sambungan kepada peranti FM 3 pin. Patrum Bateri Mini dengan kabel aksesori 3.5 mm membolehkan input audio terus daripada mana-mana peranti yang mempunyai bicu fon kepala.

Nikmati gaya hidup yang aktif

Dengan Cekak Kepala Sukan MED-EL, anda tidak perlu risau
tentang pemproses audio yang beralih dari tempatnya atau terjatuh.

Baca Selanjutnya

Nikmati gaya hidup yang aktif

Dengan Cekak Kepala Sukan MED-EL, anda tidak perlu risau
tentang pemproses audio yang beralih dari tempatnya atau terjatuh.

Baca Selanjutnya

Kisah-kisah Penerima

Don, Penerima RONDO

"Saya telah emulangkan tiket bermusim saya kepada simfoni apabila pendengaran saya bertambah teruk. Dengan adanya RONDO, kini saya boleh menghayati muzik sekali lagi. Yang penting sekali, ia kelihatan begitu harmoni, jadi saya boleh pergi konsert tanpa seorang pun menyedari bahawa saya memakainya!"

Tontoni Video beliau

Kathy, Penerima RONDO

"Saya telah memanggil keluarga saya yang tinggal jauh dan dekat pada hari RONDO saya dihidupkan. Sudah agak lama sejak kali terakhir saya dapat memahami dan berbual dengan mereka melalui telefon. Sebaik mendengar suara mereka dengan amat jelas, saya tahu bahawa saya telah membuat pilihan yang tepat."

Tontoni Video beliau
Tontoni video berikut untuk mengetahui selanjutnya

Pilihan warna


Antrasit

Krem

Eboni

Kelabu Nordic

Kawalan Jauh
FineTuner

Kawalan Jauh FineTuner membolehkan anda melaras tetapan dan memilih program dengan menekan satu butang sahaja. FineTuner yang kompak ini boleh dimuatkan di dalam poket anda dengan mudah dan mudah digunakan dengan butang yang besar. Perubahan yang dilakukan dengan kawalan jauh membolehkan RONDO kekal berfungsi untuk terus mendengar tanpa gangguan. FineTuner tunggal boleh digunakan bagi mengawal kedua-dua pemproses untuk pengguna dua hala, menjadikannya lebih selesa daripada biasa.

Data Teknikal

Perkakasan/Perisian Serasi
  • Implan SYNCHRONY, CONCERTO, SONATA, PULSAR, C40+, C40
  • Unit Kawalan Jauh FineTuner
Pilihan Pemakaian
  • Patrum Bateri Mini
Strategi Pengekodan Bunyi

Sistem Implan Koklear SYNCHRONY menyokong generasi Teknologi FineHearing yang terkini serta strategi pengekodan lanjutan yang lain.

Keserasian Masa Depan

Direka bentuk untuk keserasian dengan strategi pengekodan bunyi yang akan datang

Ketersambungan

Sambungkan peranti bantu dengar (ALD) kegemaran anda melalui telecoil, atau palam masuk secara terus menggunakan Patrum Bateri Mini dan kabel sambungan.

Warna

Antrasit, Kelabu Nordic, Krem dan Eboni

Berat

18.5 g* (seperti yang dihantar dengan magnet dan bateri standard)

Hayat Bateri

Sehingga 5 hari penggunaan dengan set 3 bateri zink-udara berkuasa tinggi (jenis 675)

Kekuatan Magnet

Boleh didapati dengan magnet yang lembut, standard, kuat atau super kuat

© 2017 MED-EL