OPUS 2

XS Baharu

Pemproses Audio Kami yang Terkecil dan Paling Ringan

Untuk kanak-kanak, orang dewasa dan sesiapa jua di antaranya. Cuma tukarkan pilihan pemakaian anda dengan satu klik mudah. Walau apapun cara yang anda gemari untuk memakai OPUS 2XS anda, yakinlah bahawa anda telah memilih pemproses yang mempunyai reka bentuk yang sesuai dengan keperluan aktif anda – dengan keserasian dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk digunakan dalam tempoh yang lama.

Reka Bentuk Modular yang Mudah Digunakan

MAESTRO telah direka bentuk mengikut gaya hidup anda. Anda boleh memilih sama ada untuk menonjol atau lebih berhati-hati dengan OPUS 2 yang menampilkan patrum bateri XS. Tersedia di dalam pelbagai pilihan pemakaian dengan reka bentuk yang memenuhi keperluan unik kanak-kanak atau gaya hidup aktif golongan dewasa. Pemproses audio OPUS 2 ini dibuat untuk dipakai setiap hari.

Amat Sesuai untuk Gaya Hidup Anda

OPUS 2XS

 

 

 

 
 
 

Amat Sesuai untuk Gaya Hidup Anda

OPUS 2XS

Nikmati pengalaman mendengar yang sama hebat dengan OPUS 2: Kini boleh didapati dalam saiz yang sangat kecil. OPUS 2XS yang ringan dan nipis, muat dengan selesa di telinga. Patrum bateri berdimensi kecil dan lebih pendek telah meningkatkan keseimbangan untuk pemakaian yang lebih selesa.

Patrum Bateri Standard

Konfigurasi Patrum Bateri Standard ini langsing dan ringan dengan reka bentuk berkontur dan berprofil rendah yang muat dengan begitu selesa di belakang telinga. Pilihan pemakaian ini ideal untuk kegunaan harian yang selesa.

Sistem DaCapo

Sistem bateri cas semula DaCapo mengandungi bateri cas semula, patrum bateri dan pengecas yang canggih.

Patrum Bateri Mini

Patrum Bateri Mini adalah pilihan komponen baharu yang dipakai untuk menyokong teknologi cas semula, dan untuk menyediakan sambungan kepada peranti bantu dengar.

Patrum Bateri Kanak-Kanak

Konfigurasi ini ideal untuk kanak-kanak kecil kerana hanya unit kawalan yang sangat kecil dan ringan sahaja akan dipakai di telinga. Patrum bateri yang dipasang memberikan jaminan tambahan, terutamanya sewaktu masa bermain.

BabyBTE/ActiveWear

Untuk bayi & kanak-kanak kecil atau individu yang menyertai aktiviti-aktiviti lahir yang menggunakan tenaga yang banyak. Seluruh pemproses, termasuk bateri, dipasangkan pada pakaian supaya ia kekal melekat pada tempatnya...

Hasilkan Ombak Dengan
WaterWear

WaterWear adalah penutup yang benar-benar kalis air dan boleh dipakaikan kepada RONDO, OPUS 2, atau Pemproses Audio SONNET anda. Sama ada anda terapung di atas tasik, berendam di dalam kolam, atau berenang di lautan, WaterWear sentiasa ada bersama anda.

WaterWear direka bentuk untuk memberi keselesaan dan prestasi pendengaran yang optimum, dan ia boleh digunakan dalam air tawar, air masin dan air berklorin. WaterWear mempunyai harga yang murah dan boleh diguna semula, memberi anda kebebasan untuk menikmati semua aktiviti-aktiviti yang anda suka.

* WaterWear untuk OPUS 2 dan SONNET akan boleh didapatkan tidak lama lagi. Sedang menunggu kelulusan kawal selia untuk sesetengah perkara.



Hasilkan Ombak Dengan
WaterWear

WaterWear adalah penutup yang benar-benar kalis air dan boleh dipakaikan kepada RONDO, OPUS 2, atau Pemproses Audio SONNET anda. Sama ada anda terapung di atas tasik, berendam di dalam kolam, atau berenang di lautan, WaterWear sentiasa ada bersama anda.

WaterWear direka bentuk untuk memberi keselesaan dan prestasi pendengaran yang optimum, dan ia boleh digunakan dalam air tawar, air masin dan air berklorin. WaterWear mempunyai harga yang murah dan boleh diguna semula, memberi anda kebebasan untuk menikmati semua aktiviti-aktiviti yang anda suka.

* WaterWear untuk OPUS 2 dan SONNET akan boleh didapatkan tidak lama lagi. Sedang menunggu kelulusan kawal selia untuk sesetengah perkara.



Kecekapan Tenaga


DaCapo
Patrum Bateri Cas Semula

DaCapo berfungsi sehingga 16 jam apabila digunakan bergabung dengan D-Coil cekap tenaga yang baharu. Bateri boleh cas semula dengan cepat untuk kegunaan sehari suntuk.

Patrum Bateri
Standard
90 Jam Tenaga

Gunakan Patrum Bateri Standard dan dapatkan kebaikan daripada hayat bateri yang lebih panjang serta ketersambungan terus.


OPUS 2XS
60 Jam Tenaga

OPUS 2XS yang lebih kecil dan tidak menonjol memanjangkan hayat bateri anda di dalam saiz yang lebih keci dan lebih kompak.

Hayat Bateri yang 50% Lebih Panjang!
D Coil yang Baharu

D Coil dengan profil lebih rendah dan lebih nipis menjadikan OPUS 2 lebih cekap tenaga sehingga 50%. Pengguna akan dapat menjimatkan duit serta menikmati pengalaman mendengar yang sama hebat itu lebih lama.

Pilihan warna


Putih

Antrasit Kelabu Nordic Perang Sienna Eboni Merah Bordeux Jingga Hijau Biru Laut Biru muda Merah jambu lembut Kuning air Krem Putih

Sambungkan kepada Dunia
iPod, FM, Telefon, TV dan Sistem Permainan Anda

Sambungan Terus dengan Kabel Audio

Bicu input standard boleh digunakan untuk menyambungkan peranti luar secara terus ke OPUS 2 anda dengan menggunakan kabel. Kedua-dua jenis kabel audio, sehala dan dua hala boleh digunakan.

Akses Wayarles dengan Patrum Bateri FM

Bicu input standard pada Penutup Bateri FM memberi anda pelbagai jenis pilihan sambungan dengan penerima wayarles berbeza yang biasa digunakan dalam sistem FM.

Akses Wayarles
dengan Telecoil

Pemproses audio mempunyai telecoil bersepadu yang canggih, penerima miniatur yang boleh digunakan dengan pelbagai jenis telefon, sistem bunyi am dan sistem gelung induksi. Pengguna MAESTRO juga boleh memanfaatkan aksesori daripada ketiga (gelung leher, dll.) untuk mempertingkatkan pengalaman mendengar mereka.

Kawalan Jauh
FineTuner

FineTuner yang kecil dan nipis ini boleh dimuatkan dengan mudah ke dalam poket anda jika anda ingin membawanya bersama pada sepanjang masa. Perubahan yang dilakukan melalui kawalan jauh membolehkan pengguna mengekalkan pemproses audio di telinga agar terus mendengar tanpa gangguan,

  • Butang yang besar supaya mudah digunakan
  • Butangnya dilabelkan dengan jelas supaya tetapan dapat dilakukan dengan mudah
  • Mengawal kedua-dua pemproses audio secara berasingan untuk kegunaan dua hala
  • Direka bentuk untuk individu daripada segenap usia

Data Teknikal

Perkakasan/Perisian Serasi
  • Implan SYNCHRONY, CONCERTO, SONATA, PULSAR, C40+, C40
  • Unit Kawalan Jauh FineTuner
Pilihan Pemakaian
  • Bateri Standard XS
  • Patrum Bateri Standard
  • Sistem bateri cas semula DaCapo
  • Patrum Bateri Kanak-Kanak
  • Konfigurasi BabyBTE/ActiveWear
  • Patrum Bateri Mini
Strategi Pengekodan Bunyi

Sistem Implan Koklear MAESTRO menyokong generasi Teknologi FineHearing yang terkini serta strategi pengekodan lanjutan yang lain.

Keserasian Masa Depan

Direka bentuk untuk keserasian dengan strategi pengekodan bunyi yang akan datang.

Ketersambungan
  • Telecoil bersepadu untuk akses wayarles kepada Peranti
    Bantu Dengar (ALD)
  • Input standard untuk ALD: Penutup Patrum Bateri FM
    (untuk Patrum Bateri Standard dan Sistem DaCapo) dan
    Patrum Bateri Mini membolehkan sambungan terus ALD
    dan kelengkapan luar lain, cth., sistem FM,
    pemain MP3.
Warna

Antrasit, Kelabu Nordic, Perang Sienna, Eboni, Merah Bordeaux, Jingga, Hijau, Biru Laut, Biru Muda, Merah Jambu Lembut, Kuning Air, Krem, Putih

Berat
  • OPUS 2 dengan Patrum Bateri XS dan bateri: 9.4 g
  • OPUS 2 dengan sistem bateri cas semula DaCapo: 10.1 g
  • OPUS 2 dengan Patrum Bateri Standard dan bateri: 12.4 g
Hayat Bateri (dengan D Coil)
  • Patrum Bateri Standard: Sehingga 5 hari penggunaan dengan
    set 3 bateri zink-udara (jenis 675)
  • Bateri Standard XS: Sehingga 4 hari penggunaan dengan
    set 2 bateri zink-udara (jenis 675)
  • Patrum Bateri Mini Baharu: Sehingga 3 hari penggunaan dengan sebiji
    bateri AAA
  • DaCapo: sistem bateri cas semula memberikan sehari
    suntuk penggunaan (16 jam)
Kekuatan Magnet

Boleh didapati dengan magnet yang lembut, standard, kuat atau super kuat

© 2017 MED-EL