SP

Structure Preservation
Menjamin Pendengaran Di Masa Depan

 

Di MED-EL, kami percaya bahawa pemuliharaan struktur pendengaran koklea yang sangat lembut penting untuk semua penerima implan koklear, atas dua alasan utama.

Pertama, pemuliharaan struktur pendengaran di dalam koklea penting kepada penerima untuk memanfaatkan terapi dan teknologi di masa akan depan. Terapi dan penyelesaian pendengaran sedemikian mungkin akan lebih berjaya di dalam koklea di mana struktur neural telah dipelihara.

Kedua, kebanyakan individu yang mengalami hilang pendengaran mungkin masih dapat mendengar bunyi frekuensi rendah tertentu—dirujuk sebagai pendengaran residual. Adalah sangat penting untuk memelihara struktur pendengaran semasa pembedahan implan koklear, kerana ia membolehkan seseorang itu menggunakan pendengaran semula jadi residual mereka. Keupayaan untuk menggunakan pendengaran semula jadi yang digabungkan dengan implan koklear ini memberikan pengalaman pendengaran yang sebaik mungkin kepada penerima.

Justeru, pemuliharaan struktur kepada struktur pendengaran semasa prosedur implan koklear penting untuk mendapat prestasi pendengaran yang optimum, sekarang dan di masa depan.

Fokus MED-EL terhadap Pemuliharaan Struktur

Implan koklear MED-EL yang tereka bentuk secara khusus untuk melindungi struktur neural di dalam koklea yang sangat lembut. Reka bentuk tatasusunan elektrod kami yang ultra lembut dan fleksibel membolehkan penyisipan yang lembut dan penempatan yang optimum di dalam koklea.

Rahsia kepada tatasusunan elektrod kami yang lembut dan fleksibel adalah wayar yang ditempah khas untuk membawa isyarat elektrik ke elektrod. Pengeluar lain menggunakan wayar lurus dalam tatasusunan elektrod mereka, yang menambah kekakuan dan ketegaran yang tidak diperlukan kepada tatasusunan elektrodnya. Reka bentuk wayar MED-EL yang berbentuk gelombang membolehkan tatasusunan elektrod kami dilentur dan dibengkokkan dengan mudah—menjadikannya betul-betul sesuai untuk penyisipan lembut ke dalam koklea. Kombinasi tatasusunan elektrod kami yang fleksibel dan teknik pembedahan yang betul membolehkan pemuliharaan struktur pendengaran yang lembut di dalam koklea.

Struktur neural yang sangat lembut di dalam koklea

Triformance
Sinergi dalam Teknologi

Triformance memberikan pendengaran yang sebaik mungkin kepada penerima sistem implan koklear kami menerusi kelebihan-kelebihan yang unik daripada Pemuliharaan Struktur, Liputan Koklear yang Menyeluruh, dan FineHearing. Teknologi-teknologi ini berfungsi bersama-sama secara bersinergi untuk memberikan prestasi pendengaran yang hebat.

Sebagai komponen Triformance, FineHearing membolehkan penerima kami untuk mencapai sepenuhnya potensi pendengaran mereka—dengan pengalaman pendengaran yang lebih beraneka dan lebih semula jadi.

FineHearing™
Untuk Pengalaman Pendengaran Yang Lebih Beraneka

FineHearing adalah satu-satunya teknologi pengekodan bunyi yang memberikan akses kepada spektrum bunyi yang penuh, termasuk nada bes, untuk pengalaman mendengar yang lebih beraneka dan lebih semula jadi.

Baca Selanjutnya

Structure Preservation
Menjamin Pendengaran Di Masa Depan

Pemuliharaan Struktur ke atas struktur koklea yang sangat lembut akan mengoptimumkan kebaikan implan koklear, sekarang dan di masa depan. Elektrod yang lembut dan fleksibel untuk penempatan dinding sehala terbukti dapat memelihara struktur neural yang sangat lembut dan menjamin pendengaran di masa depan.

Baca Selanjutnya

Complete Cochlear Coverage
Spekrum Bunyi yang Penuh

Liputan Koklear yang Menyeluruh memberikan spektrum bunyi yang penuh untuk pengalaman pendengaran yang lebih semula jadi. Liputan koklea yang menyeluruh hanya boleh dicapai melalui tatasusunan elektrod yang panjang akan merangsang koklea daripada dasar hingga ke kawasan apeks.

Baca Selanjutnya

© 2017 MED-EL