Audiogram

Audiogram: Gambar Audiogram berserta Penerangan
Audiogram adalah graf yang menggambarkan keupayaan pendengaran seseorang dan sejauh mana masalah hilang pendengaran yang dialami seseorang individu itu pada kedua-dua belah telinganya. Julat angka di sepanjang bahagian atas graf tersebut bermula daripada 125 hingga 8000. Angka-angka tersebut merujuk kepada frekuensi, atau pic bunyi yang berbeza.

Frekuensi dinyatakan dalam kiraan kitaran sesaat, atau Hertz. Semakin tinggi frekuensi itu, maka semakin tinggilah pic bunyinya. Sebagai contoh, 250 Hertz (Hz) akan kedengaran seperti titisan air daripada kepala paip, manakala lebih kurang 8000 Hz pada deringan telefon yang nyaring.

Kenyaringan diukur dalam unit yang dipanggil desibel. Sifar desibel (0 dB) tidak bermaksud "tiada bunyi". Namun, bunyinya sangat perlahan. Aras suara bagi perbualan adalah di sekitar 65 dB, dan 120 dB adalah amat-amat tinggi – yang hampir sama nyaringnya dengan bunyi jet yang sedang berlepas semasa anda berdiri hanya 25 meter dari jet tersebut. Angka-angka di sisi graf tersebut menunjukkan aras pendengaran dalam desibel.

Sepanjang ujian pendengaran, ahli audiologi akan mengemukakan satu frekuensi bunyi pada satu masa. Nada paling perlahan pada setiap frekuensi yang boleh didengar oleh seseorang itu akan ditandakan pada frekuensi dan keamatan di dalam audiogram tersebut. Ini dipanggil "ambang pendengaran".

Audiogram anda ialah "gambaran" kepada pendengaran anda. Ia menunjukkan sejauh mana pendengaran anda berbeza daripada pendengaran normal dan, jika berlakunya hilang pendengaran, di mana masalah pendengaran itu dikesan. Terdapat beberapa jenis dan tahap hilang pendengaran yang berbeza. Bergantung kepada bahagian telinga yang terjejas, pakar biasanya membezakan di antara mepat jenis hilang pendengaran utama: hilang pendengaran konduktif, hilang pendengaran sensorineural, hilang pendengaran campuran dan hilang pendengaran neural.

Ahli audiologi atau pakar pendengaran boleh membantu anda untuk menentukan sama ada anda mengalami hilang pendengaran. Mereka akan mengesyorkan penyelesaian yang sesuai, bergantung kepada tahap atau betapa tenatnya masalah tersebut.

© 2017 MED-EL