Bagaimana Pendengaran Berfungsi


  1. Bunyi akan disalurkan ke dalam liang telinga dan menyebabkan gegendang telinga bergerak.
  2. Gegendang telinga akan bergetar mengikut bunyi.
  3. Getaran bunyi dipindahkan ke koklea menerusi osikel.
  4. Getaran bunyi akan menyebabkan cecair di dalam koklea bergerak.
  5. Pergerakan cecair itu akan menyebabkan sel-sel rambut membengkok. Sel-sel rambut menghasilkan isyarat neural yang akan dikutip oleh saraf auditori. Sel rerambut pada salah satu hujung koklea akan menghantar maklumat bunyi yang bernada rendah dan sel-sel rambut di hujung yang lain akan menghantar maklumat bunyi pic tinggi.
  6. Saraf auditori akan menghantar isyarat kepada otak di mana ia akan ditafsirkan sebagai bunyi.

© 2017 MED-EL