Anatomi Telinga

Pemahaman awal tentang anatomi telinga dapat membantu dalam memahami masalah hilang pendengaran dengan sebaiknya. Telinga mempunyai tiga bahagian utama: telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
 

Anatomi Telinga Manusia

Telinga Luar

  • Cuping Telinga (aurikel) – mengumpul dan menyalurkan bunyi ke dalam liang telinga
  • Liang telinga (meatus auditori luar) – menghalakan bunyi ke dalam telinga

 

Telinga Tengah

  • Gegendang telinga (membran timpanum) – menukar bunyi kepada getaran
  • Tukul, andas dan rakap (maleus, inkus and stapes) – rantaian tiga tulang kecil ini (osikel)  akan memindahkan getaran ke telinga dalam

 

Telinga Dalam

  • Telinga dalam (koklea) – mengandungi cecair dan amat sensitif sel "rerambut". Struktur kecil seperti rambut ini bergerak apabila dirangsang oleh getaran bunyi
  • Sistem vestibular – mengandungi sel-sel yang mengawal keseimbangan
  • Saraf auditori – menghala daripada koklea ke otak

© 2017 MED-EL