FH

FineHearingTM
Untuk Pengalaman Pendengaran yang Lebih Beraneka

 

Kelebihan FineHearing kami adalah teknologi pemprosesan bunyi unik MED-EL yang menyampaikan persepsi bunyi yang lebih beraneka dalam semua frekuensi, termasuk nada bes rendah. Penerima implan koklear kami mendapat kebaikan daripada persepsi bunyi yang lebih penuh dan lebih tepat menerusi kawalan maklumat bunyi esensial FineHearing yang persis—dalam persekitaran yang senyap dan bising.

Teknologi FineHearing:

250-FS 250 120
120

120
Pic

250

250
Pic

250-FS

250Pic

+

Struktur
Halus

Spekrum Bunyi yang Penuh

FineHearing mampu menyediakan akses kepada julat frekuensi semula jadi yang menyeluruh kepada penerima kami, termasuk nada bes berfrekuensi rendah. Pendengaran spektrum bunyi yang penuh ini membolehkan penerima kami menghayati aneka muzik dan untuk menyedari perbezaan yang halus antara bunyi-bunyi tersebut. FineHearing direka bentuk untuk menyediakan julat pic unik yang lebih luas daripada sebarang teknologi implan koklear yang lain. Spektrum mendengar yang lebar ini melahirkan soundscape yang lebih bertenaga kepada penerima implan koklear kami.

Kepentingan
Struktur Bunyi yang Halus

Julat stimulasi yang komprehensif ini memerlukan kepersisan dan kawalan struktur bunyi yang halus untuk memberikan kebaikan yang terhebat. FineHearing menghantar sehingga 250 pic bunyi yang unik untuk ketepatan pendengaran yang luar biasa. FineHearing mencapainya dengan mengawal bagaimana semua bunyi ini diterima oleh koklea, dalam frekuensi yang tinggi dan rendah. Ia adalah satu-satunya teknologi yang menyampaikan pemprosesan berkepersisan tambahan di dalam frekuensi rendah ini. Ini membolehkan FineHearing menyampaikan nada bes rendah untuk pengalaman pendengaran muzik dan pertuturan yang lebih beraneka dan lebih semula jadi.

Triformance
Sinergi dalam Teknologi

Triformance memberikan pendengaran yang sebaik mungkin kepada penerima sistem implan koklear kami menerusi kelebihan-kelebihan yang unik daripada Pemuliharaan Struktur, Liputan Koklear yang Menyeluruh, dan FineHearing. Teknologi-teknologi ini berfungsi bersama-sama secara bersinergi untuk memberikan prestasi pendengaran yang hebat.

Sebagai komponen Triformance, FineHearing membolehkan penerima kami untuk mencapai sepenuhnya potensi pendengaran mereka—dengan pengalaman pendengaran yang lebih beraneka dan lebih semula jadi.

FineHearing™
Untuk Pengalaman Pendengaran Yang Lebih Beraneka

FineHearing adalah satu-satunya teknologi pengekodan bunyi yang memberikan akses kepada spektrum bunyi yang penuh, termasuk nada bes, untuk pengalaman mendengar yang lebih beraneka dan lebih semula jadi.

Baca Selanjutnya

Structure Preservation
Menjamin Pendengaran Di Masa Depan

Pemuliharaan Struktur ke atas struktur koklea yang sangat lembut akan mengoptimumkan kebaikan implan koklear, sekarang dan di masa depan. Elektrod yang lembut dan fleksibel untuk penempatan dinding sehala terbukti dapat memelihara struktur neural yang sangat lembut dan menjamin pendengaran di masa depan.

Baca Selanjutnya

Complete Cochlear Coverage
Spekrum Bunyi yang Penuh

Liputan Koklear yang Menyeluruh memberikan spektrum bunyi yang penuh untuk pengalaman pendengaran yang lebih semula jadi. Liputan koklea yang menyeluruh hanya boleh dicapai melalui tatasusunan elektrod yang panjang akan merangsang koklea daripada dasar hingga ke kawasan apeks.

Baca Selanjutnya

© 2017 MED-EL