Menjamin Pendengaran Di Masa Depan®
Hanya dengan Elektrod MED-EL

Pemuliharaan Struktur
Kebaikan kepada Semua Pesakit

Masa depan anda sama penting dengan kesejahteraan anda pada masa ini. Falsafah ini telah mendorong MED-EL untuk mereka bentuk tatasusunan elektrod yang paling fleksibel bagi memelihara struktur telinga dalam yang sangat lembut. Menjamin bahawa struktur koklear kekal tidak terjejas dipanggil Pemuliharaan Struktur.

Pemuliharaan Struktur membawa kebaikan kepada semua penerima implan koklear. Ia dilihat sama penting terutamanya kepada kanak-kanak yang mungkin telah melalui beberapa pengimplanan sepanjang kehidupan mereka. Sebarang intervensi di masa hadapan, sama ada dalam bentuk peranti, biologi atau farmaseutikal, akan lebih berjaya di dalam koklea yang telah mendapat trauma yang minimum semasa pengimplanan.

MED-EL adalah peneraju dalam penyediaan tatasusunan elektrod yang lembut dan fleksibel, yang menjamin perlindungan maksimum kepada struktur yang sangat lembut di dalam koklea.

Struktur koklear yang sangat lembut boleh dipelihara dengan elektrod yang dioptimumkan untuk penyisipan yang lembut.

Elektrod yang Tepat untuk Koklea Anda

Tidak ada mana-mana koklea yang serupa. Atas alasan ini, MED-EL telah mencipta pelbagai tatasusunan elektrod dengan sifat-sifat dan kepanjangan yang berbeza - kesemuanya direka bentuk untuk sisipan atraumatik. Falsafah reka bentuk MED-EL yang unik memberi jaminan bahawa pakar bedah akan mendapat reka bentuk elektrod yang tepat, pada panjang yang tepat, agar dapat memelihara pendengaran residual dan integriti koklear.

Tonoton bagaimana elektrod MED-EL disisipkan secara lembut ke dalam koklea Tontoni video

Kepentingan CCC

Liputan Koklear yang Menyeluruh (CCC) bermaksud perangsangan koklea daripada kawasan dasar hingga apeks bagi merangsang jumlah gentian saraf yang maksimum. Perangsangan keseluruhan julat frekuensi akan menghasilkan persepsi pertuturan dan kualiti bunyi yang sebaik mungkin kepada pengguna implan.1,2

Selanjutnya tentang Liputan Koklear yang Menyeluruh

Paling Lembut dan Fleksibel Di Dunia
Elektrod daripada MED-EL

Teknologi FLEX-Tip

Teknologi FLEX-Tip yang unik menampilkan sentuhan tunggal di hujung depan, wayar ultra fleksibel yang berbentuk gelombang, dan tip runcing untuk meningkatkan kefleksibelan mekanikal.

Wayar Berbentuk Gelombang

Wayar platinum-iridium ultra fleksibel yang berbentuk gelombang mengurangkan ketegaran dengan ketara.

Bilangan Sentuhan yang Optimum

Bilangan dan penjarakan sentuhan yang seimbang menjamin peningkatan dalam kefleksibelan mekanikal serta mengurangkan interaksi saluran.

  1. Hasil daripada pengimplanan koklear pekak separa menggunakan pelbagai reka bentuk elektrod, Skarzynski H;Lorens A; Piotrowska A;Podskarbi-Fayette R, Audiol Neurootol, 14 Suppl 1, 2009, p. 39-45
  2. Stimulasi Akustik Elektrik pada Kanak-Kanak, Skarzynski H;Lorens A, Adv Otorhinolaryngol, 67, 2010, p. 135-143

© 2017 MED-EL