CCC

Complete Cochlear Coverage
Spekrum Bunyi yang Penuh

 

Di MED-EL, kami percaya dalam menyediakan pengalaman pendengaran yang sebaik mungkin. Liputan Koklear yang Menyeluruh membolehkan implan koklear kami merangsang panjang keseluruhan koklea, yang memberikan kualiti bunyi yang lebih beraneka dan lebih semula jadi.  

Koklea adalah struktur kecil berbentuk lingkaran yang menukar getaran mekanikal menjadi denyutan neural. Ini dilakukan oleh beribu-ribu sel saraf khusus yang bertindak balas dengan getaran bunyi. Denyutan neural ini dihantar ke otak menerusi saraf auditori, di mana ia diterima sebagai pendengaran. 

Sel saraf ini ditemui di seluruh panjang koklea, dan sel saraf di lokasi berbeza akan bertindak balas dengan bunyi yang berbeza. Ini dirujuk sebagai tonotopisiti. Kebiasaannya, bunyi berfrekuensi rendah merangsang gentian saraf di bahagian puncak, atau kawasan teratas koklea, sementara bunyi berfrekuensi tinggi merangsang gentian saraf di dasar koklea. 

Nada bunyi yang berbeza diterima di bahagian yang berbeza di dalam koklea

Apakah Liputan Koklear yang Menyeluruh (CCC)?

Liputan Koklear yang Menyeluruh bermaksud merangsang julat gentian saraf yang maksimum di dalam koklea. Ini dicapai melalui penggunaan tatasusunan yang panjang dan fleksibel di mana ia meliputi koklea daripada apeks hinggalah ke kawasan basal. Tatasusunan elektrod yang pendek hanya boleh merangsang kawasan yang terbatas di dalam koklea, yang tidak meliputi gentian saraf di bahagian puncak koklea. Keunikan tatasusunan elektrod MED−EL yang panjang dan fleksibel merangsang semua gentian saraf yang tersedia. Stimulasi yang menyeluruh ini amat penting dalam memanfaatkan spektrum bunyi yang penuh.

Triformance
Sinergi dalam Teknologi

Triformance memberikan pendengaran yang sebaik mungkin kepada penerima sistem implan koklear kami menerusi kelebihan-kelebihan yang unik daripada Pemuliharaan Struktur, Liputan Koklear yang Menyeluruh, dan FineHearing. Teknologi-teknologi ini berfungsi bersama-sama secara bersinergi untuk memberikan prestasi pendengaran yang hebat.

Sebagai komponen Triformance, FineHearing membolehkan penerima kami untuk mencapai sepenuhnya potensi pendengaran mereka—dengan pengalaman pendengaran yang lebih beraneka dan lebih semula jadi.

FineHearing™
Untuk Pengalaman Pendengaran Yang Lebih Beraneka

FineHearing adalah satu-satunya teknologi pengekodan bunyi yang memberikan akses kepada spektrum bunyi yang penuh, termasuk nada bes, untuk pengalaman mendengar yang lebih beraneka dan lebih semula jadi.

Baca Selanjutnya

Structure Preservation
Menjamin Pendengaran Di Masa Depan

Pemuliharaan Struktur ke atas struktur koklea yang sangat lembut akan mengoptimumkan kebaikan implan koklear, sekarang dan di masa depan. Elektrod yang lembut dan fleksibel untuk penempatan dinding sehala terbukti dapat memelihara struktur neural yang sangat lembut dan menjamin pendengaran di masa depan.

Baca Selanjutnya

Complete Cochlear Coverage
Spekrum Bunyi yang Penuh

Liputan Koklear yang Menyeluruh memberikan spektrum bunyi yang penuh untuk pengalaman pendengaran yang lebih semula jadi. Liputan koklea yang menyeluruh hanya boleh dicapai melalui tatasusunan elektrod yang panjang akan merangsang koklea daripada dasar hingga ke kawasan apeks.

Baca Selanjutnya

© 2017 MED-EL