Sains Di Sebalik
Pengurusan Bunyi Automatik

Lancarkan Peralihan Antara
Persekitaran Pendengaran tanpa Melaraskan Tetapan

Hari anda mungkin diluangkan di taman yang tenang atau di restoran yang bising, di stesen kereta api yang sibuk, mahupun di pantai yang santai, teknologi unik MED‑EL direka bentuk untuk menyediakan prestasi unggul untuk kehidupan nyata – secara automatik.

Pemproses lain memerlukan pengguna mengubah program atau tetapan secara kerap untuk menikmati pengalaman pendengaran yang optimum. Pemproses bahagian depan yang superior yang menampilkan Pengurusan Bunyi Automatik mengesan perubahan situasi pendengaran sepintas lalu, menyesuai secara automatik agar anda tidak perlu melakukannya sendiri.

Cara Pengurusan Bunyi Automatik Berfungsi
Untuk keberkesanan pemprosesan bunyi implan koklear, pemampatan julat dinamik akustik pendengaran normal yang luas (120 dB) kepada julat yang boleh diterima untuk perangsangan elektrik (30 dB) amat kritikal. Semua pemproses audio MED‑EL menggunakan strategi pemprosesan bahagian depan yang dikenali sebagai Pengurusan Bunyi Automatik (ASM) untuk mengatasi cabaran ini. ASM terdiri daripada Kawalan Gandaan Automatik (AGC) dua peringkat, menyediakan Julat Dinamik Input (IDR) yang luas serta kawalan kelantangan automatik.

Julat Dinamik Input ialah salah satu ciri paling penting dalam teknologi pemprosesan audio. Kajian menunjukkan bahawa IDR yang luas sahaja membenarkan persepsi pertuturan yang mencukupi dalam hingar.1,2 Semua pemproses belakang telinga (BTE) menampilkan Julat Dinamik Input 75 dB. Oleh itu, semua isyarat dalam julat 25 dB dan 100 dB SPL diproses. Hal ini membenarkan pemprosesan terperinci input bunyi dalam julat yang lebih besar.

Kawalan kelantangan automatik mengendalikan pelbagai aras input yang berlaku dalam kehidupan seharian, termasuk pertuturan yang lembut dan juga lantang. Kawalan kelantangan automatik memastikan bahawa persepsi pertuturan dalam hingar latar tidak terjejas dengan turun naiknya aras pertuturan, yang bermaksud pengguna pemproses audio MED‑EL boleh memahami pertuturan lembut dan lantang sama seperti pertuturan biasa. Pertuturan dengan aras yang berbeza-beza boleh difahami dengan baik seperti pertuturan aras malar.3

Klik pada foto untuk memulakan animasi.

Pemproses audio MED-EL turut menampilkan Kawalan Gandaan Automatik dua peringkat.4 Teknologi ini membenarkan pengguna mendengar bunyi yang sangat kuat, seperti kapal terbang ataupun bunyi yang sangat perlahan, seperti bisikan, pada tahap kelantangan yang selesa. Dua peringkat turut memastikan bahawa peningkatan kelantangan secara tiba-tiba tidak mengakibatkan perubahan kelantangan yang tidak selesa untuk pengguna. Secara yang serupa, dua peringkat juga dapat menghalang bunyi yang terlalu perlahan susulan isyarat permulaan yang lantang. Oleh itu, bunyi yang didengari pengguna sentiasa disampaikan dengan cara yang dapat memaksimumkan pemahaman pertuturan serta mengekalkan ketakketaraan perbezaan dalam kelantangan daripada satu bunyi kepada bunyi yang lain.

Pemproses lain memerlukan pengguna mengeluarkan pemproses itu dari telinga secara kerap untuk membuat pelarasan berdasarkan persekitaran dan aras hingar latar. Pengguna pemproses yang menampilkan Pengurusan Bunyi Automatik boleh tetap yakin bahawa perubahan ini dibuat secara automatik. Hal ini penting khususnya untuk bayi atau anak-anak kecil yang tidak mengenali perubahan dalam persekitaran mereka. Ibu bapa dikehendaki mengubah tetapan pada pemproses anak mereka secara kerap agar anak itu dapat menerima manfaat terbaik mungkin.

Pengguna dapat mengalami sendiri pengalaman pendengaran yang optimum dengan Pengurusan Bunyi Automatik yang menampilkan Julat Dinamik Input yang besar dan kawalan kelantangan automatik, sama ada di lapangan terbang, dewan konsert, restoran ataupun di rumah.

  1. Spahr, Dorman, Loiselle (2007): Prestasi Pesakit Menggunakan Sistem Implan Koklear Berbeza: Kesan Julat Dinamik Input
  2. Haumann et. al., Persidangan Antarabangsa ke-8 Persatuan Otorinolaringologi Pediatrik Eropah, Budapest, 8-11 Jun 2008: Pengaruh Pemprosesan Bahagian Hadapan terhadap Persepsi Pertuturan dengan Implan Koklear daripada Pelbagai Pengilang
  3. Nopp P et al, Prestasi dengan pemproses OPUS 2 dalam ujian pertuturan aras legar, Dibentangkan di Simposium Eropah ke-9 mengenai Implantasi Koklear Pediatrik, Warsaw, 2009
  4. Stöbich, Zierhofer, Hochmair (1999): Pengaruh Tetapan Parameter Kawalan Gandaan Automatik ke atas Pemahaman Pertuturan kepada Pengguna Implan Koklear Menggunakan Strategi Pensampelan Berantara Lembaran Selanjar

© 2017 MED-EL